SERUNDING KELANTAN ONLINE

SERUNDING KELANTAN ONLINE

1 daripada 4 . Cegah sebelum rawat!

1 daripada 4 . Cegah sebelum rawat!

klik gambar utk baca KELEBIHAN HABATUSSAUDA

Friday, 5 December 2014

KELEBIHAN HABATUSSAUDA ( JINTAN HITAM )

Saya menulis kembali manfaat Habatussauda hasil daripada buku yang ditulis oleh Jerry D Gray.

Buku Bertajuk : Rasulullah is my Doctor

=================================

Biji jintan hitam ( habatussauda ) adalah herba yang baik dan banyak manfaat, terutamanya bagi mempertahankan sistem kekebalan yang kuat dan sihat.

Ia berguna untuk mereka yang menderita sakit asma dan masalah pernafasan, lemah atau sistem kekebalan tubuh terganggu, masalah ginjal ataupun hati, pencernaan dan masalah perut, radang sendi, masalah peredaran darah, alergi, demam dan jerawat.

Biji jintan hitam adalah ramuan yang baik. Malah ia boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.

( Anak saya yang berumur 3 tahun turut diberi supplement sunnah ini, manakala pada anak kedua saya, sewaktu usianya berusia 6 bulan, sudah menghadapai selsema, saya tidak cepat melatah untuk menggunakan bahan kimia sebagai penyelesai masalah, saya calitkan sedikit habatussauda setiap pagi kepada anak saya, Alhamdulillah selepas tiga hari, selsemanya hilang. Jika ianya bermanfaat untuk saya, sudah pasti bermanfaat untuk semua, dan sudah tentu kerana ini adalah pemakanan sunnah Rasulullah yg banyak memberi kelebihan - Puan Nora, penulis blog )

Selain itu, biji jintan hitam tidak memiliki kesan sampingan dan mmiliki sejarah pnggunaan selama beberapa ribu tahun.

Laporan ilmiah mengesahkan, terdapat manfaat yang berkesan daripada biji jintan hitam dimana ia dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, US Patents Section, Antivirus Agen Buletin melaporkan :

" Biji jintan hitam merangsang sumsum tulang dan sel-sel kekebalan serta meningkatkan pengeluaran protein untuk pertahanan ataupun ubat, melindungi sel sel normal terhadap kesan menghancurkan sel virus, menghancurkan sel tumor dan meningkatkan jumlah antibodi yang mengeluarkan sel B "

( Hadis Sahih, Bukhari Muslim meriwayatkan sabda Rasulullah SAW ; " Jintan Hitam ( Habatussauda ) adalah ubat segala penyakit, kecuali Mati ")

Dr. Peter Schleicher, Ahli Imunologi, Munich, Jerman, menyatakan bahawa;

"Biji jintan hitam terbukti memiliki anti histamina, anti pengoksidaan, antibiotik, antimikotik, dan kesan broncho-dilating, iaitu pengaliran udara ke paru-paru "

Kajian minyak jintan hitam terhadap ilmuan Amerika mendapati,

" Biji jintan hitam adalah ramuan luar biasa yang digunakan selama lebih daripada 3000 tahun. Ia mengandungi lebih daripada 100 komponen yang berharga. Biji jintan hitam adalah sumber penting asid lemak, protein, karbohidrat, vitamin dan mineral lain. Benih benih jintan hitam juga kaya dengan sterol yang bermaksud alkohol semula jadi seperi kolestrol, terutamanya beta setosterol, iaitu struktur kimia yang sama dengan kolesterol, yang diketahui memiliki aktiviti anti kanser "

PENGGUNAAN TRADISIONAL BIJI JINTAN HITAM ( HABATUSSAUDA ) DI SELURUH DUNIA

"Selama berabad-abad, biji jintan hitam dan minyaknya digunakan oleh ramai orang di Asia, Afrika, Timur Tengah, serta Timur Jauh bagi meningkatkan kesihatan serta melawan penyakit. Dengan izin Allah s.w.t mereka sembuh. Biji jintan hitam digunakan secara tradisional bagi mengubati pelbagai jenis penyakit dan keadaan yang berkaitan dengan kesihatan pernafasan, perut dan kesakitan usus, ginjal dan fungsi hati, menyokong sistem imunisasi tubuh, dan meningkatkan kesihatan secara umum"

Gambar dari Buku Rasulullah is My Doctor






==============================================================

SEKOTAK HABATUSSAUDA AL BARAKAH MEMILIKI 30 KAPSUL
HARGA SEKOTAK HANYA RM18
*Tidak termasuk harga postage

SEBARANG MAKLUMAT ATAU PESANAN , MOHON MERUJUK KEPADA 013-982-2263, PUAN NORA

** PUAN NORA MERUPAKAN  PENGAMAL TEGAR HABATUSSAUDA. 
Jom sama sama sebarkan manfaat

No comments:

Post a Comment